Malay English

UUM JOHAN PERTANDINGAN TANDAS BERSIH 2017

25 JULAI 2017 / 01 ZULKAEDAH 1438H

toilet

 

UUM ONLINE: Mementingkan aspek keselesaan dan kebersihan membuahkan hasil buat Universiti Utara Malaysia (UUM) apabila julung kalinya dinobatkan sebagai Johan Anugerah Emas Pertandingan Tandas Bersih Peringkat Daerah Kubang Pasu 2017 kategori Institut Pengajian Tinggi Awam.

Kejayaan tersebut membolehkan UUM yang diwakili oleh Pengurus Welcome Centre, H. Rasidah H. Rodzi membawa pulang RM 1000.00 berserta sijil penghargaan.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Yang Di Pertua Majlis Daerah Kubang Pasu, Mohd. Fisol Md. Noh di Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu, Jitra semalam.

Dalam pertandingan itu, tandas awam Welcome Centre menjadi lokasi pilihan bagi juruaudit Majlis Daerah Kubang Pasu dan telah dinilai pada bulan Mei lalu.

Sebelum ini, Welcome Centre yang berusia tiga tahun telah mencipta beberapa kejayaan dalam mempromosikan UUM apabila menjadi Johan Landskap peringkat Daerah Kubang Pasu pada tahun 2016 serta mencapai Key Performance Indicators (KPI) Pelawat ke Sejuta pada tahun 2016 sempena Discover UUM 2016.

                                       

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Wednesday, July 18 2018 Time 10:00 AM