Malay English

MALAYSIA JULUNG KALI JADI TUAN RUMAH JCEX THAMAL 2017

21 JULAI  2017 / 27 SYAWAL 1438HJCEX

UUM ONLINE: Malaysia buat julung kalinya telah menjadi tuan rumah Eksesais misi bantuan kemanusiaan Joint Combined Exercise Thailand-Malaysia 2017 (JCEX Thamal) yang berlangsung sejak 17 Julai lalu di UUM.

Perasmian JCEX Thamal telah disempurnakan Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Seri Mohd Johari Baharum di padang kawad PALAPES, UUM, pagi tadi.

Beliau berkata, tujuan eksesais itu adalah untuk mengukuhkan kerjasama, hubungan dan perkongsian pengalaman antara Malaysia dan Thailand serta negara terlibat dalam operasi bantuan kemanusiaan, selain meningkatkan keupayaan kendalian integrasi ketenteraan dua hala di rantau ini dalam misi bantuan kemanusiaan dan bencana alam (HADR).

Katanya, sepanjang program berlangsung, eksesais itu dijalankan dalam bentuk Pos Kawalan Pemerintah atau Command Post Exercise (CPX) dan Latihan Medan atau Field Training Exercise (FTX) yang melibatkan aktiviti Hospital Medan Tahap 1, Building Collapse, Crossing River dan Evacuation Camp.

JCEX Thamal Ke-3 yang diadakan selama sembilan hari itu melibatkan 863 peserta termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan pemerhati dari negara ASEAN seperti Myanmar, Brunei, Singapore, Vietnam dan Indonesia serta negara bukan ASEAN iaitu Amerika Syarikat.

Beberapa pemerhati yang hadir turut melahirkan rasa kagum dengan keindahan UUM dan juga kelengkapan fasiliti yang disediakan.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja  Mohamed Noor; Ketua Staf Angkatan Bersama Thailand, Jeneral Tarnchaiyan Srisuwan; Naib Canselor UUM, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan pegawai-pegawai kanan lain.

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Wednesday, July 18 2018 Time 10:00 AM