Malay English

PELAJAR PERLU UBAH SET MINDA UNTUK BERKECIMPUNG DALAM KEUSAHAWANAN

18 JULAI  2017 / 24 SYAWAL 1438H

KBS

 

UUM ONLINE: UUM dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dalam usaha membangunkan program keusahawanan pelajar.

MoU tersebut ditandatangani Naib Canselor, Prof Dato'  Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dr Mohd Ghani Mohd Yusof di Balai Tamu, pagi tadi.

Naib Canselor dalam ucapan beliau merakamkan penghargaan kepada KBS menerusi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak yang memilih Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI), UUM untuk menjalinkan kerjasama strategik dalam bidang keusahawanan.

Menurutnya, selain CEDI, universiti turut mempunyai program keusahawanan di pusat pengajian bagi memberi pendedahan secara 'hands on' kepada pelajar tentang industri tersebut, bukan semata-mata ilmu teori sahaja.

"Kita mahu pelajar merasai susah senang berkecimpung dalam perniagaan, selain dalam Islam sendiri menerangkan bahawa 9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan yang diusahakan.

"Sehubungan itu, set minda pelajar perlu diubah terhadap bidang keusahawanan ini supaya mereka menanam minat untuk menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang yang diminati kelak daripada bergantung pada makan gaji atau bekerja dengan orang lain,"  katanya.

Tambah Naib Canselor, kini pelbagai jenis bidang perniagaan boleh diceburi termasuk industri tekstil, jahitan, kedai gunting atau makanan seperti 'food truck'  yang menjadi 'trendy' golongan muda sekarang dan yang penting adalah perlu kreatif dan inovatif untuk menjual produk berkenaan.

Ujarnya, beliau berharap kerjasama itu dapat menggalakkan dan memantapkan pembangunan keusahawanan dalam kalangan generasi muda supaya mereka lebih berkeyakinan untuk berkecimpung dalam industri itu.

Sementara itu, Dr Mohd Ghani berkata, MoU yang dtandatangani itu merupakan sebahagian daripada Pelan Strategik KBS (2016-2020) untuk membangunkan bidang keusahawanan dalam kalangan belia.

"Saya berharap usaha berterusan KBS menerusi APBM ini akan memberi motivasi kepada pelajar memandangkan UUM adalah Universiti Pengurusan Terkemuka dan terbaik di negara ini yang boleh menjadi rakan strategik untuk melahirkan usahawan berilmu dan cekal mengharungi cabaran dalam bidang keusahawanan dan pertanian," katanya.

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Wednesday, July 26, 2017 Time 09:00 AM