Malay English

MAJLIS SILATURRAHIM AIDILFITRI SEJAJAR DENGAN KEGEMILANGAN UUM

 

17 JULAI 2017 / 23 SYAWAL 1438H

raya

 

UUM ONLINE:Kemeriahan Majlis Silaturrahim Aidilfitri yang menjadi acara tahunan UUM adalah sejajar dengan kegemilangan yang telah dilakar sepanjang tempoh 33 tahun penubuhannya.

Sambutan majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Seri Mohd Johari Baharum merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu dan Naib Canselor, Prof Dato'  Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak bersama pasangan masing-masing di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah, pagi tadi.

Dalam ucapan Dato' Seri Mohd Johari berkata, majlis itu bukan sahaja memberi pendedahan dan pengalaman kepada staf dan pelajar antarabangsa khususnya dengan budaya dan hospitaliti rakyat di negara ini, malah sejajar dengan kejayaan yang dikecapi UUM termasuk penyenaraian dalam QS World University Ranking (QSWUR) Top 50 Under 50 baru-baru ini.

Ujarnya, beliau telah melihat pelbagai kejayaan lain yang telah diperoleh universiti ini dan berbangga dengan kemajuan UUM hari ini yang telah mengubah landskap Changlun khasnya yang memberi banyak sumbangan secara tidak langsung kepada negeri Kedah.

"Naib Canselor di bawah kepimpinannya telah meletakkan UUM di tempat yang boleh dibanggakan bukan sahaja di negeri Kedah dan Malaysia, malah ke persada antarabangsa.

"Dalam kejayaan ini, saya juga berharap UUM dapat memainkan peranan sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk memastikan warga universiti ini tidak terpengaruh dengan fahaman atau ideologi dari kumpulan IS atau militan Daesh yang boleh menggugat keamanan negara," katanya.

Sementara itu, Naib Canselor berkata, majlis yang menjadi tradisi tahunan UUM itu mengeratkan hubungan silaturrahim dan membuka ruang kepada warga universiti yang mencecah 3,000 orang untuk bertemu muka serta bertegur sapa antara satu sama lain, tidak ketinggalan staf UMHSB yang sama-sama memeriahkan majlis.

"Pada masa sama, saya ingin berkongsi rasa bangga di atas pelbagai pencapaian dan pengiktirafan diterima UUM sepanjang usia penubuhannya lebih 30 tahun ini.

“Warga UUM harus bersyukur dengan pencapaian tersebut, seterusnya berusaha untuk merealisasikan sasaran UUM untuk menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka dunia dan di rantau ini dengan menjadi World Top 200, Asia Top 50, SEA Top 10, Malaysia Top 5 dan OYAGSB World Top 100 (Business School),” katanya.

Hadir sama ADUN Bukit Kayu Hitam, Dato'  Ahmad Zaini Japar; Pengerusi LPU, Tan Sri Siti Sa'diah Sheikh Bakir; Ahli LPU dan JPU serta pegawai-pegawai kanan UUM.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

fotter_ipq_baru.jpg

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, October 14 2018 Time 4:00 PM