Malay English

ACADEMIA CAFE & BISTRO UUM KL LANCAR MENU BAHARU

15 JULAI 2017 / 21 SYAWAL 1438H

UUMKL BISTRO

 

UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 15 Julai - Academia Cafe & Bistro Universiti Utara Malaysia (UUM) kampus Kuala Lumpur melancarkan beberapa menu baharu di cafe tersebut hari ini.

Pelancaran menu baharu itu disempurnakan Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak sempena Jamuan Aidilfitri Academia Cafe & Bistro UUM KL di sini.

Naib Canselor dalam ucapannya berkata menu-menu baharu yang dilancarkan itu adalah pada harga yang sangat istimewa dan berpatutan.

"Harga untuk kebanyakan menu yang ditawarkan di bawah RM10 adalah sangat luar biasa, lebih-lebih lagi untuk kadar harga makanan di sekitar Kuala Lumpur.

"Cafe ini bukan sahaja menawarkan menu yang pelbagai malah ia juga sangat kondusif dan menjadi tarikan masyarakat sekeliling termasuk dari Hospital Kuala Lumpur, UTM KL, UniKL dan lain-lain,"ujarnya.

Antara menu-menu baharu yang terdapat di Academia Cafe & Bistro UUM KL adalah Kambing Panggang Raja Alang, Udang Petai Academia, Nasi Goreng Academia dan Nasi Ayam Roasted.

Sementara itu Pengarah UUM KL, Dr Ahmad Rizal Mazlan berkata UUM KL yang beroperasi sejak 2006 akan diwartakan sebagai kampus cawangan tidak lama lagi dan bakal menawarkan program pengajian secara sepenuh masa yang membolehkan UUM KL turut serta dengan lebih signifikan dalam memacu agenda UUM untuk menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan daripada penggiat seni yang merupakan pelajar program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kreatif (BCIM) yang ditawarkan di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) antaranya Akma AF3,  Farhan AF4 dan Amir AF 2016.

Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah Uniutama Management Holdings Sdn. Bhd. (UMHSB), Y.Bhg. Dato' Megat Fairouz Junaidi Tan Sri Megat Junid; Pengerusi Jawatankuasa Penaja Academia Lounge UUM, Prof. Dr. Abd Razak Yaakub; Dekan SCIMPA, Dr. Ahmad Hisham Zainal Abidin; Pengarah Pusat Prestasi Meriah Sdn Bhd yang juga alumni UUM, Dato Sharifah Nasreen Syed Abdul Rahman; Pengurus Besar Coway Malaysia Sdn Bhd, Mohd Najib Abdul Hadi dan pegawai-pegawai UUM serta staf SCIMPA. 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Wednesday, July 26, 2017 Time 09:00 AM