Malay English

UUM LAKAR SEJARAH JULUNG KALI TERSENARAI QSWUR TOP 50 UNDER 50

13 JULAI 2017 / 19 SYAWAL 1438H

rank new

 

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia terus melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kali disenaraikan di kedudukan 101-150 QS World University Rankings (QSWUR) Top 50 Under 50 edisi keenam yang dikeluarkan pada hari ini.

Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, beliau bersyukur dan gembira di atas pencapaian terbaru UUM apabila berjaya disenaraikan dalam QSWUR Top 50 Under 50 itu.

Menurutnya, adalah sukar untuk mendapat tempat dalam senarai universiti terbaik dunia kerana ia melibatkan reputasi dan juga impak penyelidikan sesebuah universiti, justeru, penyenaraian universiti di bawah usia 50 tahun adalah sesuatu yang amat mengagumkan.

"Terima kasih kepada semua warga UUM yang berterusan menunjukkan komitmen masing-masing untuk menjayakan agenda universiti, sekali gus membuktikan Pelan Strategik UUM yang dilaksanakan sejak 2010 sehingga kini mula membuahkan hasil dengan banyak kejayaan diperoleh universiti.

"Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi merupakan satu sejarah buat UUM dan kita sebagai warga UUM patut merasa bangga kerana menjadi sebahagian daripada pencapaian ini,"  ujarnya.

Beliau juga berharap agar warga universiti terus berusaha untuk menjayakan agenda universiti yang lain kerana masih banyak lagi yang perlu dilaksanakan untuk meletakkan UUM sebaris dengan universiti-universiti ternama dunia.

Pada terbitan pertama 2012, QSWUR Top 50 Under 50 menyenaraikan universiti terbaik yang berusia di bawah 50 tahun berdasarkan keputusan QS World University Rankings terkini.

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

fotter_ipq_baru.jpg

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, October 14 2018 Time 4:00 PM