Malay English

UUM JADI IPT PERTAMA TUBUH MAYC PERINGKAT UNIVERSITI

10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H

MAYCNEW

 

UUM ONLINE: UUM menjadi IPT pertama yang menubuhkan Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) peringkat universiti.

Pelancaran tersebut telah disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan, Haslina Abdul Hamid di Dewan Mu'adzam Shah, baru-baru ini.

Beliau hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung MAYC Kebangsaan 2017 dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran MAYC Kebangsaan.

Pada majlis itu juga, beliau turut menyampaikan anugerah Pingat Jasa Cemerlang yang mana Pengerusi MAYC Kedah, Syamsyul Anuar Che Mey@Ismai merangkap Pengarah Alumni UUM menerima Pingat Jasa Cemerlang, selain penyampaian sijil kepujian dan watikah pelantikan Exco MAYC Kebangsaan.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Abdul Malek Abdul Karim dan Presiden MAYC Kebangsaan, Mohd Syahbuddin Hashim.

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Thursday, September 14 2017 Time 10:00 AM