Malay English

UUM TERSENARAI DALAM TIMES HIGHER EDUCATION ASIA-PACIFIC UNIVERSITY RANKINGS 2017

05 JULAI 2017 / 11 SYAWAL 1438H

ranking new

 

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) sekali lagi melakar sejarah apabila disenaraikan di kedudukan ke-200+ dalam edisi pertama Times Higher Education Asia-Pacific University Rankings 2017 yang diumumkan hari ini.

Menurut kaji selidik yang dikeluarkan oleh Times Higher Education, UUM berada di kedudukan 200+ dalam penilaian yang melibatkan 243 universiti daripada 13 buah negara di rantau Asia-Pasifik.

THE APAC Rankings 2017 mengguna pakai 13 indikator yang dikelompokkan kepada 5 kategori dalam menilai sesebuah universiti iaitu Teaching (the learning environment), Research (volume, income and reputation), Citations (research influence), International outlook (staff, students and research), dan Industry income (knowledge transfer).

 

Menurut Phil Baty, Editorial Director, Global Rankings, Times Higher Education tersenarai di dalam Asia-Pasific Rankings untuk edisi pertama adalah satu pencapaian yang hebat.

"Ranking ini mewakili 243 institusi terbaik dan memberi gambaran tentang negara-negara dan universiti-universiti yang dijangka bakal menjadi peneraju pengajian tinggi dunia pada masa hadapan.

"Tiada keraguan bahawa sebahagian daripada universiti-universiti ini yang berada dalam rantau Asia Pasifik telah membuktikan mereka adalah universiti yang dinamik dan kompetitif," katanya.

Manakala Naib Canselor, YBhg Prof Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, penyenaraian dalam edisi pertama THE APAC Rankings 2017 merupakan satu sejarah dan amat membanggakan buat UUM.

Menurutnya, penyenaraian dalam ranking ini meletakkan UUM setaraf dengan universiti terkemuka lain seperti Sophia University Japan, University of Seoul, Kansai University Japan, Meiji University, University of Philippines dan University of Indonesia.

“Diharap semua warga UUM dapat terus bekerja keras bukan sahaja untuk meningkatkan ranking UUM, bahkan juga untuk mencapai kejayaan-kejayaan lain,” ujarnya.

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

fotter_ipq_baru.jpg

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, October 14 2018 Time 4:00 PM