Malay English

UUM RAI STAF BERTUGAS PADA HARI RAYA AIDILFITRI

21 JUN 2017 / 26 RAMADAN 1438H

staf dirai

 

 

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) meraikan seramai 105 staf dari Jabatan Keselamatan, UUMIT, Pusat Islam, Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP) dan EDC Hotel & Resorts yang akan bertugas pada Hari Raya Aidilfitri ini pada Majlis Meraikan Staf Bertugas Semasa Aidilfitri, pagi tadi.

Kesemua petugas terbabit telah menerima sumbangan berupa hamper yang disampaikan Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak di Foyer Canselori.

Naib Canselor dalam ucapan beliau berkata, sempena Aidilfitri ini, sebahagian besar warga kampus sudah mula bercuti bagi meraikan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.

" Saya berharap anggota keselamatan lebih peka semasa menjaga keselamatan kampus kerana jenayah boleh berlaku pada bila-bila masa terutama apabila tiba musim perayaan.

"Justeru, kita tidak boleh ambil mudah apabila tiba hari cuti perayaan termasuk padahari cuti Jumaat dan Sabtu berikutan banyak kes telah berlaku dalam kampus seperti kejadian pecah masuk dan kecurian," katanya.

Tambah beliau, staf yang bertugas pada hari raya ini nanti diharap dapat menjalankan pemantauan dan lebih berwaspada apabila melihat orang yang tidak dikehendaki berkeliaran dalam kampus.

Menurutnya lagi, pihak universiti juga bakal mewujudkan zon larangan bagi kawasan tertentu yang mana selepas jam 10 malam, staf dan pelajar dilarang berada di zon berkenaan bagi tujuan keselamatan.

"Selain itu, semua staf juga perlu memeriksa perkakas peralatan elektrik bagi mengelak berlaku kebakaran dan pastikan semua pintu dan tingkap ditutup. Langkah berjaga-jaga ini adalah bagi memastikan kampus yang mempunyai 11,412 bilangan aset dengan 276,188 bilangan inventori bernilai RM1.26 bilion ini berada dalam keadaan selamat.

"Pada masa sama, walaupun ramai warga kampus yang bercuti, masih terdapat pelajar antarabangsa yang tidak bercuti dan tinggal dalam kampus, justeru, saya berharap staf sedia ada dapat membantu pelajar-pelajar terbabit apabila memerlukan," ujarnya.

Sementara itu, staf EDC Hotels & Resorts, Noor Syafikah Rosli berkata, dia berterima kasih kepada pihak universiti kerana meraikan staf yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Katanya, suasana pagi raya amat berbeza kerana setiap pagi raya dia akan beraya bersama ahli keluarga terlebih dahulu dengan berpakaian serba baharu.

"Ini adalah salah satu pengorbanan apabila bekerja tetapi saya tetap gembira kerana berpeluang meraikan Syawal bersama rakan-rakan lain," katanya.

Hadir sama pendaftar, Dato' Mohamad Akhir Yusuf; Pengarah Canselori, Ahmad Rasidi Abdullah dan pegawai-pegawai kanan UUM.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Wednesday, July 18 2018 Time 10:00 AM