Malay English

UUM BANTU PELARIAN SYRIA DI LUBNAN

17 JUN 2017 / 22 RAMADAN 1438H

lubnan

 

UUM ONLINE: Kuala Lumpur - Bagi meringankan derita masyarakat Syria yang dilanda peperangan terutamanya semasa menjalani ibadah puasa di kem pelarian, Universiti Utara Malaysia telah menyumbang RM5,000 dalam Misi Bantuan Kemanusian Pelarian Syria baru-baru ini.

Usaha ini telah digerakkan atas permintaan Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak sebagai satu usaha UUM meringankan penderitaan rakyat Syria yang dilanda musibah peperangan.

Naib Canselor meminta agar sumbangan itu dibuat secara berterusan menerusi kutipan derma di kalangan warga UUM.

Penyerahan cek itu disampaikan oleh Pengarah Unit Komunikasi Korporat, Mohd. Zulkifli Mohd. Noor kepada wakil Yayasan Kubra di Pejabat Yayasan Kubra, Kuala Lumpur.

“Syria merupakan saudara kita yang kini sedang ditekan dengan konflik peperangan yang berpanjangan, rakyatnya dibunuh dengan kejam dan ditindas sehingga terpaksa berlindung di kem pelarian.

“Mereka amat mengharapkan sokongan dan menunggu bantuan daripada kita yang mana kita semua mempunyai tanggungjawab untuk membantu menyelesaikannya, Kami Bersamamu Syria” ujarnya.

Sementara itu Pengarah Yayasan Kubra, Tuan Hj. Amin Hashim mengucapkan terima kasih atas keprihatinan warga UUM yang memberi sumbangan bagi membantu pelarian dari negara yang sedang bergolak.

“Sumbangan itu sedikit sebanyak membantu meringankan beban pelarian Syria dan memberi makna yang begitu besar kepada mereka yang tidak makan berhari-hari dan ada yang berbuka sekadar minum air dan kurma,” ulasnya.

Sumbangan daripada warga UUM telah dihantar ke Syria oleh wakil Yayasan Kubra yang turut bekerjasama dengan Yayasan Afdlin Shauki.

Sementara itu, sumbangan boleh terus dibuat melalui Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Canselori, Universiti Utara Malaysia untuk disalurkan kepada mereka sebagai persediaan menghadapi musim sejuk yang akan datang. 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

fotter_ipq_baru.jpg

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, October 14 2018 Time 4:00 PM