Malay English

UUM TERSENARAI DALAM KELOMPOK 2.7% UNIVERSITI TERBAIK DUNIA

11 JUN 2017 / 16 RAMADAN 1438H

qs

 

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi satu-satunya universiti tempatan bukan komprehensif dan bukan penyelidikan yang berada dalam kelompok 2.7% universiti yang tersenarai dalam QS World University Rankings 2018 daripada 26,000 universiti di dunia.

Tanpa memiliki bidang-bidang sains, perubatan, kejuruteraan dan teknologi dan hanya bersandarkan kepada bidang sains sosial dan pengurusan, UUM berjaya meningkatkan kedudukannya dalam QSWUR 2018 di tangga 729, meningkat 10 anak tangga berbanding 739 sebelumnya sekali gus berada di kedudukan 701-750 terbaik dunia.

QSWUR merupakan senarai kedudukan tahunan universiti-universiti terbaik dunia. Sebanyak sembilan buah universiti tempatan tersenarai dalam QS senarai ranking terbaru yang dikeluarkan pada 8 Jun itu.

Pada tahun ini menyaksikan sebanyak 4,854 institusi telah dipertimbangkan untuk disenaraikan dan 959 institusi dari 84 buah negara berjaya tersenarai, peningkatan sebanyak 43 universiti berbanding tahun sebelumnya.

Universiti-universiti ini disenaraikan berdasarkan enam petunjuk, iaitu reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah pelajar fakulti, sitasi setiap fakulti, pelajar antarabangsa dan fakulti antarabangsa.

Bagi edisi 2018, lebih 75000 akademia dan 40000 majikan seluruh dunia terlibat dalam kaji selidik global yang dijalankan oleh QS. Sebanyak 12.3 juta artikel dan 71.5 juta sitasi dianalisa bagi mengukur kecemerlangan sesebuah universiti dalam penyelidikan.              

Sementara itu Naib Canselor UUM, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak melahirkan rasa syukur dan gembira dengan pencapaian UUM itu dan mahu warga UUM terus melipatgandakan usaha untuk melonjak UUM ke tahap lebih baik  untuk berada dalam kedudukan 300 universiti terbaik dunia dalam QSWUR menjelang tahun 2020 selaras dengan Pelan Strategik UUM Fasa II (2016-2020).

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Wednesday, July 18 2018 Time 10:00 AM