Malay English

NAIB CANSELOR TERIMA PENGIKTIRAFAN DARIPADA CMI

6 JUN 2017 / 11 RAMADAN 1438H

cmi

UUM ONLINE: London - Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak melakar sejarah menjadi rakyat Malaysia dan Asia pertama dilantik menjadi Ahli Badan Profesional (Companionship) ke-86 oleh Chartered Management Institute (CMI), sebuah badan profesional antarabangsa bertauliah untuk pengurusan yang berpangkalan di London, United Kingdom.

Pelantikan Naib Canselor sebagai Ahli Badan Profesional CMI ini adalah bagi mengiktiraf segala sumbangan dan pencapaian cemerlang beliau kepada pengurusan dan kepimpinan sepanjang kerjaya beliau dalam bidang akademik mahupun pengurusan.

Beliau menerima sijil pengiktirafan tersebut daripada Ann Francke, Ketua Eksekutif CMI dalam satu majlis di London pada Mei lalu. Majlis turut dihadiri Prof. Dr. Zeljko Sevic, Dekan OYAGSB.

Keahlian sebagai Companionship adalah bersifat eksklusif di mana keahliannya adalah terdiri daripada kapten-kapten industri di peringkat antarabangsa dan ahli-ahli akademik terkemuka yang hanya dilantik melalui jemputan sahaja.

Antara kapten-kapten industri bertaraf dunia yang telah dilantik sebagai Companionship CMI ini adalah seperti CFO Siemens PLC, Maria Ferraro; Group Director, Global Human Resources, Rolls-Royce PLC, Mary Humiston; Chief Executive Officer, Scotland HSBC Bank PLC, Alison McGregor dan Vice Chairman, KPMG LLP, Melanie Richards.

Selain itu, tokoh-tokoh akademik yang turut dilantik sebagai Companionship CMI adalah Prof Alec Cameron, Vice-Chancellor and CEO, Aston University; Prof Stuart Croft, Vice-Chancellor and President, Warwickshire University; Helen King, Principal St Anne`s College, Oxford University dan Prof John Latham, Vice-Chancellor, Conventry University. 

Pelantikan Naib Canselor sebagai Companionship CMI ini secara tidak langsung dapat mengangkat nama dan jenama UUM sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka, setanding dengan universiti-universiti berprestij yang lain di peringkat antarabangsa.

Dengan menjadi ahli Badan Profesional CMI, mereka dapat menyertai rangkaian eksklusif bersama pemimpin terkemuka industri dan ahli akademik terulung, selain dapat menggunakan pengalaman dan pengaruh mereka dalam menyumbang kepada satu dimensi baharu dalam pengurusan dan kepimpinan serta membantu membentuk hala tuju dan masa depan profesion tersebut.

Sebelum itu hubungan kerjasama di antara UUM dan CMI ini telahpun dimeterai melalui satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada bulan Mac yang lalu di Kuala Lumpur. 

Antara manfaat daripada hubungan kerjasama ini antaranya para graduan MBA di bawah OYAGSB bakal menerima pensijilan profesional daripada pihak CMI sebagai value added selepas para graduan MBA ini mengikuti struktur silibus baru yang diiktiraf oleh pihak CMI.   

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Thursday, September 14 2017 Time 10:00 AM