Malay English

UUM JALIN KERJASAMA DENGAN UNIVERSITY OF CAMBRIDGE

 

5 JUN 2017 / 10 RAMADAN 1438H

 cambridge

UUM ONLINE: United Kingdom - UUM terus memperkasakan agenda pengantarabangsaan dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan University of Cambridge sempena lawatan kerja Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak sebagai Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di University of Cambridge, Mei lalu.

Pemeteraian MoU antara kedua universiti tersebut telah ditandatangani oleh Naib Canselor yang mewakili UUM bersama Ketua Eksekutif, Cambridge English Language Assessment, Saul Nasse.

 

Dengan jalinan kerjasama strategik itu, UUM menerusi Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) dan Cambridge English Language Assessment, University of Cambridge akan mengerakkan pelbagai program dan aktiviti secara bersama seperti akreditasi kursus kemahiran Bahasa Inggeris dan penjajaran kepada standard antarabangsa, menyediakan latihan sebagai penguji kemahiran oral di kalangan staf akademik, penyelidikan berimpak tinggi berkaitan pembelajaran dan pengajaran dalam Bahasa Inggeris, peningkatan kualiti pengujian bahasa dan latihan sebagai penguji bahasa selain usaha untuk menjadikan SLCP sebagai sebuah pusat peperiksaan pelbagai ujian untuk Cambridge English.

Cambridge English Language Assessment telah menggunakan rangka Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) dalam pengujian bahasa sebagai panduan deskripsi tahap kemahiran penguasaan bahasa.

Di Malaysia, penggunaan CEFR sedang dilaksanakan dalam penggubalan kurikulum, pengujian dan bahan mengajar Bahasa Inggeris di peringkat sekolah dan universiti serta turut digunakan di negara lain seperti Singapura dan Australia.

Naib Canselor berkata, kerjasama pintar itu memberikan manfaat yang cukup besar kepada pihak UUM seperti peningkatan dan pemantapan pengujian Bahasa Inggeris dengan mengikut standard antarabangsa, selain menjadikan Cambridge English Language Assessment sebagai penanda aras dalam pengujian Bahasa Inggeris serta penjanaan kewangan universiti melalui penyediaan pelbagai kursus persediaan ujian yang bakal ditawarkan.

Cambridge English Language Assessment telah bergiat aktif di dalam pengujian bahasa semenjak 150 tahun dahulu dan mempunyai ramai pakar yang tersohor dalam bidang pengujian bahasa.

Pada sesi lawatan kerja beliau dan di atas jemputan Cambridge English serta Cambridge International Examinations itu, Naib Canselor selaku Pengerusi MPM turut mengadakan beberapa siri perbincangan berkaitan program yang melibatkan MPM dan University of Cambridge serta mengadakan sesi pertemuan bersama Ketua Eksekutif, Cambridge International Examinations, Michael O` Sullivan, seterusnya melawat Muzium Fitzwilliam, muzium terbesar di Cambridge.

Turut serta dalam lawatan kerja tersebut ialah Ketua Eksekutif MPM, Mohd Fauzi Datuk Mohd Kassim.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

fotter_ipq_baru.jpg

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, October 14 2018 Time 4:00 PM