Malay English

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT (UKK) DAN JABATAN KESELAMATAN TERIMA PENGARAH BAHARU

 

31 MEI 2017 / 5 RAMADAN 1438H

UKK

 

UUM ONLINE: Unit Komunikasi Korporat (UKK) dan Jabatan Keselamatan bakal menerima pengarah baharu dan satu majlis penyerahan tugas telah diadakan di Bilik Mesyuarat Canselori, pagi tadi.

Penyerahan tugas tersebut dilakukan oleh Azahari Azmi kepada Mohd Zulkifli Mohd Noor @ Muhammad dari Jabatan Keselamatan yang akan mengambil alih tugas beliau sebagai Pengarah UKK baharu dan Azahari akan bertukar ke Pejabat Penolong Naib Canselor UUM CAS/Pusat Pengajian Pengkomputeran (SoC).

Kemudian, Mohd Zulkifli Mohd Noor @ Muhammad menyerahkan tugas kepada Pengarah Keselamatan baharu iaitu Mejar Mohamad Ezanee Yazid dari U-Assist.

Penyerahan tugas tersebut yang mula berkuat kuasa pada 1 Jun (esok) telah disaksikan Pengarah Canselori, Ahmad Rasidi Abdullah dan pegawai Jabatan Canselori.

Pada majlis itu, Ahmad Rasidi berharap agar semua pegawai terlibat dapat memberikan komitmen yang baik sama ada di Jabatan Canselori atau PTJ baharu lain.

 

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Wednesday, July 18 2018 Time 10:00 AM