Malay English

UUM SASAR KUTIPAN ZAKAT FITRAH LEBIH TINGGI TAHUN INI

 

28 MEI 2017 / 02 RAMADAN 1438H

ZAKAT

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) mensasarkan untuk mengutip lebih tinggi zakat fitrah pada tahun ini berbanding RM54,000 yang diperoleh tahun lalu.

Sehubungan itu Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berharap lebih ramai warga UUM yang berkemampuan dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan dapat menunaikan zakat fitrah di UUM agar ia boleh dimanfaatkan kepada warga universiti dan masyarakat sekeliling yang memerlukan.

"UUM menduduki tempat kedua bagi kategori pungutan institusi awam dan tempat pertama bagi kategori masjid di Daerah Kubang Pasu pada tahun 2016.”

"Dengan pelancaran kutipan zakat fitrah yang dilakukan lebih awal pada tahun ini, diharap lebih banyak akan berjaya dikutip dan boleh dimanfaatkan semula kepada mereka yang memerlukan," ujarnya pada Majlis Pelancaran Kutipan Zakat Fitrah 1438H di Foyer Bangunan Canselori pagi tadi.

Tambah beliau lagi, UUM kini sedang dalam proses untuk menyuburkan pertumbuhan harta wakaf dan endowmen pendidikan bagi manfaat universiti ini.

"Kita sedang berusaha untuk menubuhkan Pusat Wakaf dan Endowmen dalam bidang pendidikan, dan sedang menunggu kelulusan Majlis Agama Islam Negeri Kedah.”

"Di samping itu, kita juga dalam proses untuk menubuhkan Pusat Penjagaan Anak-anak Yatim di UUM demi kebaikan dan manfaat UUM," katanya.

Naib Canselor turut menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah kepada amil yang juga Pengarah Pusat Islam UUM, Prof Madya Dr Ismail Ishak sejurus selepas majlis berlangsung.

Pusat Islam UUM dilantik sebagai amil zakat dan akan membuka kaunter pembayaran di setiap jabatan dan kedua-kedua masjid UUM iaitu Masjid Sultan Badlishah dan Masjid Imam Assyafie, Bukit Kachi untuk memudahkan urusan pembayaran zakat dilakukan.

Turut hadir pada majlis itu ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai UUM.

 

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

fotter_ipq_baru.jpg

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, October 14 2018 Time 4:00 PM