Malay English

PERUTUSAN NAIB CANSELOR SEMPENA BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1438H

 

25 MEI 2017 / 28 SYAABAN 1438H

ramadan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Subhanahuwataala kerana dengan limpah keizinan-Nya, muslimin dan muslimat diberi kesempatan menyambut kedatangan bulan berkah dan penuh rahmat serta keampunan, iaitu Ramadan Al-Mubarak 1438H.

Bulan Ramadan yang mulia, bulan bagi umat Islam berlumba-lumba mengejar dan mengumpul pahala kerana dalam bulan ini Allah Subhanahuwataala menjanjikan ganjaran berlipat kali ganda bagi orang yang beriman dan beramal soleh. Bersedekah merupakan satu daripada amal soleh yang sangat dianjurkan sebagaimana maksud hadis riwayat Bukhari,

Dari Ibnu ‘Abbas radiallahuanhu, “Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam adalah orang yang paling dermawan. Dan kedermawan beliau akan bertambah pada bulan Ramadan ketika bertemu dengan Jibril. Beliau bertemu dengan Jibril setiap malam Ramadan untuk mempelajari Al-Qur’an, dan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam lebih dermawan dari hembusan angin (yakni sangat mudah mengeluarkan sedekah).”

 

Sifat pemurah Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam hendaklah kita teladani bagi mengutip sebanyak mungkin pahala dalam meraih keredaan Allah Subhanahuwataala. Bersedekah pada bulan ini juga dapat menyantuni fakir miskin terutama di sekitar tempat tinggal kita agar mereka sama-sama dapat merasakan nikmat berpuasa dan berbuka.

Bagi mengeratkan silaturrahim, eloklah sebahagian daripada makanan kita disedekahkan kepada jiran tertangga bagi menyemai sifat pemurah dan menjauhkan perasaan iri hati golongan yang kurang berkemampuan serta mengelakkan berlakunya pembaziran yang boleh melebur pahala puasa. 

 

Akhir kata, "Ramadan Kareem" saya ucapkan kepada semua warga Universiti Utara Malaysia yang beragama Islam. Mudah-mudahan sifat pemurah dan semangat bantu membantu dalam kalangan saudara seislam yang kita semai sepanjang Ramadan dapat tumbuh subur dalam diri setiap warga kampus dan seterusnya membiasakan budaya tolong menolong dan berkerjasama dalam mengejar kecemerlangan dunia dan akhirat.

Sekian dan Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak.

Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak

Naib Canselor

Universiti Utara Malaysia

 

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

fotter_ipq_baru.jpg

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, October 14 2018 Time 4:00 PM