Malay English

EDC HOTELS & RESORTS TAWAR 80 JUADAH BUFET RAMADAN

23 MEI 2017 / 26 SYAABAN 1438H

edc

UUM ONLINE: Bagi yang ingin menikmati juadah istimewa dari segenap negeri seluruh Malaysia sepanjang Ramadan ini, EDC Hotels & Resorts (EDC) menawarkan 80 juadah bufet Ramadan pada harga berpatutan mulai 1 hingga 22 Jun depan.

Antara juadah disediakan sepanjang hari adalah kambing golek dengan perapan istimewa daripada cef berpengalaman EDC sendiri.

Selain itu, pelanggan turut dihidangkan dengan juadah istimewa lain iaitu kepelbagaian masakan nasi seperti nasi beriani, nasi mandy dan nasi ulam.

Manakala lauk pauk disediakan pula seperti daging asam pedas, daging gulai umbut pisang, masak lemak perut dan sotong kong poh.

Dengan harga yang dikenakan serendah RM39.90 bagi dewasa dan RM28 bagi kanak-kanak, EDC juga membuat perubahan dengan mempelbagaikan jenis kerabu, sambal, sup, kuih-muih, bubur dan pemanis mulut, selain beberapa gerai makanan lain.

Sambil menikmati hidangan bufet, pelanggan EDC juga akan dihiburkan dengan persembahan berbentuk kerohanian seperti nasyid dan marhaban oleh pelajar tahfiz.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah UPSB, Dato' Hashim Suboh berkata, pelanggan EDC bukan sahaja boleh menikmati hidangan berbuka puasa di EDC, malah boleh menjadikan lokasi itu sebagai tempat untuk mengadakan majlis berbuka puasa atau memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan sempena Ramadan.

Ujarnya, sepanjang bulan Ramadan ini, EDC juga akan meraikan anak yatim dan golongan tidak bernasib baik supaya mereka tidak rasa dipinggirkan pada bulan mulia ini.

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

fotter_ipq_baru.jpg

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, October 14 2018 Time 4:00 PM