SINTOK - Kelab Kebajikan Unifilm Studio telah menganjurkan Ceramah Maulidur Rasul bersempena sambutan hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah dan tanggal ini juga merupakan hari bersejarah keputeraan Baginda. Majlis yang berkat dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Jamal Mat Hussain dan disusuli dengan bacaan selawat beramai-ramai yang diketuai oleh Encik Saiful Nizam di Bilik Mesyuarat Unifilm Studio. Ceramah penuh pengisian tentang kehidupan Nabi Muhammad S.A.W secara ringkas yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Pusat Islam, Ustaz Ahmad Firdaus Ahmat agar staf Unifilm Studio, Unit Grafik dan Unit Foto dapat mengamalkan dan menghayati akhlak serta perjuangan Baginda dalam kehidupan seharian.