Malay English

SENTUHAN LENSA JURUFOTO TANPA SEMPADAN

 

 

13 APRIL 2016

Oleh: H. Rasidah H. Rodzi

Gambar oleh: Anjung Tamu

 

foto2016

 

SINTOK - Kongsikan foto-foto yang bernilai dan memahat sejarah untuk diperhalusi oleh jurufoto profesional. Inilah masanya untuk mengenengahkan hasil foto yang berkualitii dan kreatif di samping melebarkan bakat sedia ada.

Di sebalik foto terbaik, pasti ada pemerhatian membina malahan bagi peminat fotografi tanahair mereka tidak akan melepaskan peluang untuk Discover UUM.

Menurut Penceramah profesional Bengkel Fotografi anjuran Unifilm Studio UUM, Mohd Rizal Ismail, “UUM sebuah tempat yang bermaklumat dan Welcome Centre amat selesa untuk pengunjung”.

Beliau yang ditemui semasa menghalusi seni foto yang terpamer di Galeri Welcome Centre menzahirkan rasa bangga dengan kreativiti jurufoto UUM dan berharap selagi mereka ada bakat, hendaklah ditonjolkan supaya seni mereka sentiasa dihayati umum.

Turut hadir mengiringi beliau, Pengarah Unifilim Studio UUM, Cik Bahiyah Md. Idris.

Suara lensa 15 orang jurufoto yang berada di kampus mengukir sejarah tersendiri dan kehadiran mereka memberi erti yang besar bahawa universiti di rimba hijau terdapat khazanah yang boleh dipromosikan ke seluruh dunia hanya melalui sentuhan lensa.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Thursday, September 14 2017 Time 10:00 AM