Malay English

CSR TINGKATKAN KEMAHIRAN PENGUASAAN ICT GURU SMKBBS

ON 24 MARCH 2016

Oleh : Musyaznie Mokhtar

csr

SINTOK – Kebergantungan kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam segala bidang memerlukan kepakaran untuk mengaplikasikannya.

ICT merupakan medium yang mampu membantu para guru dalam mentransformasikan sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) kerana keberkesanannya dalam menarik minat pelajar untuk memberikan sepenuh tumpuan sekaligus dapat meningkatkan kefahaman terhadap subjek yang diajar. 

Justeru, Unifilm Studio dengan kerjasama Seksyen Grafik dan Seksyen Fotografi Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan program tanggungjawab sosial (CSR) melalui Bengkel Asas Adobe Photoshop dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok (SMKBBS). 

Tujuan CSR dilaksanakan adalah untuk melatih dan meningkatkan kemahiran para guru di sekolah dalam penggunaan teknologi agar dapat menyampaikan ilmu melalui pendekatan yang lebih inovatif dalam proses P&P. 

Guru sekolah, Nor Rizan A Latif berkata bengkel yang diadakan sangat membantu para guru membuat dokumentasi program sekolah serta mengintergrasikan proses P&P kerana pelajar sekarang berada dalam zaman kepesatan teknologi dan para guru perlu sentiasa ambil tahu tentang perkembangan teknologi terkini agar tidak ketinggalan. 

“Selain itu, guru juga dapat meningkatkan penguasaan ICT dalam aspek penyuntingan dan penggunaan grafik dalam usaha menjadikan alat bantu mengajar lebih interaktif. 

“Bengkel ini juga diambil kira sebagai latihan dalam perkhidmatan bagi menambah pengetahuan para guru dalam bidang teknologi,” ujar beliau yang amat berpuas hati dengan keberkesanan penyampaian ilmu Asas Adobe Photoshop dari penceramah selain mudah difahami. 

Penceramah terdiri daripada Ketua Seksyen Fotografi Shamsaimi Ezil, Jurufoto Hairul Nizam Zahari dan Pereka dari Seksyen Grafik, Azizi Ariff serta turut dibantu oleh dua orang staf Unifilm Studio, Danial Nizar Mansor dan Muhammad Ridzuan Zulkiflee.

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Thursday, September 14 2017 Time 10:00 AM