Malay English

JANA PENDAPATAN MELALUI ILMU PENULISAN SKRIP

 

 

ON20 MARCH 2016

Oleh : Musyaznie Mokhtar

skrip1

 

SINTOK – Skop yang luas dalam bidang penulisan memberi peluang kepada peserta Bengkel Penulisan Skrip anjuran Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menjana pendapatan sampingan apabila dapat mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari.


Tujuan utama bengkel tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan memperkenalkan teknik asas penulisan skrip filem pendek bagi melahirkan lebih ramai penulis skrip yang berilmu dan berkualiti.


Bengkel yang diadakan selama dua hari di Hotel EDC, UUM dikendalikan oleh Pengarah Pengurusan, Pouvin Sandera dan Pengarah Kreatif, Loh Chung Tat dari Kreatis Medialoka (M) Sdn. Bhd. telah dihadiri oleh 15 peserta yang terdiri daripada pensyarah dan staf yang berminat untuk mendalami ilmu penulisan skrip mengikut format yang telah ditetapkan dalam industri penyiaran.


Antara hasil karya yang pernah ditulis oleh penceramah seperti Jodoh Sebelah Pintu, Adnan Sempit, Janda-jandaku Ganster, Man Rider, Kampung Drift, Bila Biniku Gongxi, Selipar Jepun Stiletto Merah, Rempit Sampai Langit, Balistik, Dokumentari Strategi Laut Biru Angkatan Tentera Malaysia dan pelbagai lagi.


Menerusi bengkel yang diadakan ini, peserta dapat mempelajari dan mengaplikasikan ilmu asas penulisan skrip bermula dari penjanaan idea, penghayatan watak melalui lakonan dalam menghidupkan suasana bergantung kepada emosi, situasi dan lokasi serta teknik penulisan yang betul.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Thursday, September 14 2017 Time 10:00 AM