Malay English

GILAP BAKAT ANAK MUDA BERKARYA

CSR SINTOK

 

SINTOK – Seramai enam pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok (SMKBBS) menyertai Bengkel Penulisan Berita, Fotografi dan Videografi Siri Ke-3 anjuran Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah Al-Falah di bawah projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

 

Bengkel yang diadakan hanya satu hari di Unifilm Studio dan sekitar UUM ini bertujuan untuk mengasah lagi kemahiran pelajar yang sedia ada susulan daripada bengkel lalu bagi menghasilkan video, foto dan berita yang lebih berkualiti serta penambahan ilmu baru.

 

Pelajar membawa bahan-bahan berita, foto dan video daripada aktiviti sekolah yang telah dijalankan bagi melakukan sesi suntingan dipantau oleh staf Unifilm Studio yang berpengalaman.

 

Jalinan kerjasama melalui projek CSR ini telah menyumbang kepada penyebaran ilmu pengetahuan dalam dunia kewartawanan, fotografi dan videografi serta dapat mengukuhkan hubungan antara Unifilm Studio dengan pihak sekolah.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

Footer 1 jan 2019

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:30 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Monday, July 15 2019 Time 4:00 PM