Malay English

IPTA BEBAS DENGGI 2018: UNIFILM TERIMA PENGHARGAAN

FOTO AEDES

SINTOK: Unifilm Studio UUM telah menerima penghargaan dalam menjayakan Pertandingan IPTA Bebas Denggi 2018 yang telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali.

Bertemakan “Komuniti ASEAN Membanteras Denggi”, Unifilm Studio telah menghasilkan video promosi, video perbentangan dan persembahan multimedia melalui perbincangan bersama Pusat Kesihatan Universiti.

Pertandingan tersebut memperlihatkan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Universiti Awam Bebas Denggi 2018 daripada 20 Universiti Awam seluruh negara sempena Sambutan Hari Denggi ASEAN.

Selain itu, UUM turut memenangi kategori Pengurusan Denggi Terbaik sekali gus membawa pulang jumlah wang kemenangan RM 7,000.

Hadiah kemenangan disampaikan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dr. Haji Dzulkefly Ahmad yang turut menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Denggi Peringkat ASEAN 2018 di Sekolah Rendah Agama Kampung Sungai Kayu Ara Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

Footer 1 jan 2019

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:30 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Monday, July 15 2019 Time 4:00 PM