Malay English

KAYUHAN PECAH LEMAK TINGKATKAN STAMINA STAF UNIFILM STUDIO

foto basikal

 

SINTOK: Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina mental dan fizikal individu pada tahap kesihatan yang baik. Misalnya, dengan melakukan aktiviti senaman, kehidupan individu akan menjadi lebih ceria, sihat dan dipenuhi aura positif sekali gus dapat meningkatkan kualiti kerja seharian.

Dalam memupuk amalan gaya hidup sihat, Kelab Unifilm Studio telah menganjurkan aktiviti sukan berbasikal disekitar kawasan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok dengan kayuhan sejauh 19 kilometer. Kayuhan yang diadakan secara santai dapat merehatkan minda dari kesibukan kerja serta meningkatkan stamina staf agar pekerjaan yang dilakukan lebih produktif.

Presiden Kelab, Mohd Azizul Helmi Hj. Baharudin berkata aktiviti riadah sebegini akan dilakukan sebulan sekali bagi memupuk minat dan kesedaran staf untuk aktif bersukan supaya kita dapat mengurangkan risiko menghadap penyakit yang berbahaya.

“Kayuh basikal dalam UUM sangat seronok kerana udaranya nyaman, persekitaran hijau yang mendamaikan mampu melahirkan perasaan yang tenang dan saya yakin bersukan dapat mengeratkan ukhwah antara staf serta mewujudkan suasana yang sihat dan harmoni,” tambah beliau.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

Footer 1 jan 2019

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:30 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Monday, July 15 2019 Time 4:00 PM