Malay English

PUPUK DAYA KREATIF TINGKATKAN MUTU KERJA JABATAN PERHUTANAN

gambar_berita_2018.jpg

 

SINTOK – Malaysia telah diiktiraf sebagai salah sebuah daripada 12 negara ‘mega-kepelbagaian’ di dunia. Sejajar dengan pengiktirafan ini, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah begitu komited untuk meningkatkan mutu keberkesanan pengurusan, pemeliharaan dan pembangunan sumber kepelbagaian biologi hutan menerusi salah satu usaha antaranya pendokumentasian bahan sebagai sumber rujukan di masa hadapan.

Menurut Timbalan Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Encik Saleh Awaludin, dalam usaha untuk menyimpan dan mengumpul bahan maklumat kepelbagaian biologi daripada sumber semulajadi, tenaga kerja yang berkebolehan dalam merakam gambar dengan syot yang menarik serta mahir menggunakan kamera video amat diperlukan agar ekosistem hutan dapat dipelihara secara berterusan.

“Jabatan Perhutanan telah memberi kepercayaan kepada Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran menerusi penganjuran Bengkel Fotografi dan Videografi 2018.

“Hutan di negeri Kedah sangat cantik, aset yang sangat bernilai, tapi sayang kita ada banyak bahan gambar dan footage yang tidak disunting untuk kita war-warkan kepada masyarakat di luar sana akan keindahan khazanah alam,” ujar beliau ketika hadir bagi merasmikan penutupan bengkel.

Tambah beliau, bengkel ini diharap dapat meningkatkan kemahiran, kreativiti serta produktiviti peserta dalam menjana pengeluaran produk-produk keindahan hutan menerusi pameran gambar dan pembikinan video yang kreatif sekali gus meningkatkan ekopelancongan dan aktiviti rekreasi di negeri Kedah terutamanya.

“Saya juga berhasrat agar kerjasama dengan Unifilm Studio dapat diteruskan kerana kami amat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar berterusan daripada tenaga pakar dalam usaha mewujudkan satu pasukan kerja yang kreatif,” kata beliau.

Bengkel yang diadakan selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Julai sarat dengan pengisian ilmu asas untuk memahami teknik penggunaan kamera untuk mengambil gambar, merakam video dan melakukan penyuntingan bertempat di EDC Hotels & Resorts, UUM.

Menurut Pengarah Projek, Suhaimi Ismail, selain teori di dalam kelas, peserta juga turut mempraktikan skill yang telah diajar di sekitar kawasan hotel.

“Peserta juga diajar cara menyunting gambar dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop bagi menyediakan banner, poster dan risalah bertemakan “Keindahan Hutan”.

Menurut Pengarah Unifilm Studio, Bahiyah Md Idris, pihak kami berterima kasih kepada Jabatan Perhutanan di atas kepercayaan yang diberi untuk menganjurkan bengkel pada kali ini.

”Diharap kerjasama di masa hadapan dapat dijalinkan dalam usaha bersama menjaga alam semulajadi melalui perkongsian ilmu daripada tenaga pakar kami dalam bidang penyiaran agar segala bahan maklumat dapat disimpan dan digunakan dengan sebaiknya,” ujar beliau.

Tenaga pengajar yang berpengalaman terdiri daripada staf Unifilm Studio tampil berkongsi ilmu sepanjang tiga hari bengkel berlangsung dan turut dibantu oleh dua orang pelajar praktikal daripada Politeknik Metro Tasik Gelugor, Pulau Pinang.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer_UUM_nov2018.png

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, December 2 2018 Time 9:00 AM