Malay English

“BUBUR LAMBUK RAMADAN” ERATKAN UKHWAH

Untitled-2

 

Changlun - Ramadan merupakan bulan yang dituntut untuk umat Islam meningkatkan amal ibadah dan kebajikan dalam urusan seharian serta meningkatkan tahap kesabaran bukan saja daripada lapar dan dahaga tetapi juga dalam perlakuan serta adab sesama manusia.

Bagi mengimarahkan bulan yang penuh barakah dan kemuliaan ini, Unifilm Studio dengan kerjasama pelajar-pelajar Pusat Sumber, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok (SMKBBS) serta penduduk Kampung Changkat Setul telah bergotong-royong menyediakan bubur lambuk.

Aktiviti Kacau Bubur Lambuk Ramadan dilaksanakan dibawah Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Unifilm Studio bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi rezeki dengan komuniti setempat.

Pengarah Unifilm Studio, Bahiyah Md Idris berkata aktiviti sebegini pertama kali diadakan bersama penduduk dan kita telah berjaya mengagihkan 180 bungkus bubur lambuk di sekitar kawasan kampung.

“Sambutan daripada masyarakat di sini amat mengalakkan dan kita juga dapat mengenali mereka dengan lebih dekat terutama golongan yang memerlukan”, ujar beliau.

Tambah beliau lagi, Projek CSR ini telah mendapat sumbangan daripada pihak luar dalam merealisasikan misi Unifilm Studio untuk membantu masyarakat dan aktiviti ini juga merupakan kesinambungan daripada Program Iftar Mahabah bersama SMKBBS yang telah diadakan baru-baru ini.

Beliau berharap agar silaturahim yang terjalin ini dapat diteruskan melalui perancangan aktiviti-aktiviti di masa hadapan bersama penduduk. Pihak Unifilm Studio mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti ini.

Guru Pusat Sumber SMKBBS, Nor Rizan A Latif berkata, pendedahan amalan bergotong-royong menyediakan bubur lambuk kepada generasi muda amat penting agar warisan ini dapat diteruskan.

“Anak-anak muda di kampung ini juga ringan tulang membantu dalam proses penyediaan bubur dengan bimbingan tukang masak kampung yang berpengalaman serta menghantar bubur lambuk ke rumah penduduk kampung,” katanya.

Beliau merupakan guru yang bertanggungjawab membimbing pelajar-pelajar Kelab Al-Falah Media dibawah Pusat Sumber sekolah untuk mendalami ilmu dalam bidang fotografi dan videografi di sekolah.

Pada tahun lepas, Unifilm Studio juga telah mengadakan CSR Bengkel Fotografi dan Videografi kepada pelajar-pelajar Kelab Al-Falah dan perkongsian ilmu ini berterusan apabila kemahiran teknik pengunaan kamera serta penyuntingan video yang dilakukan pelajar dipantau dari semasa ke semasa oleh tenaga pengajar yang berpengalaman.

Penduduk kampung, Anwar Kamaruddin berkata aktiviti sebegini perlu kerap dilaksanakan bersama masyarakat setempat bagi merapatkah ukhwah serta dapat membantu dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer_UUM_nov2018.png

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, December 2 2018 Time 9:00 AM