Malay English

LAWATAN PENANDA ARAS PENERBIT RANCANGAN UMP KE UNIFILM STUDIO

23 FEBRUARY 2017 / 26 JAMADILAWAL 1438H

ump

 

 

SINTOK –Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima kunjungan lawatan penanda aras tiga orang Penerbit Rancangan

Pejabat Naib Canselor (PNC) dari Universiti Malaysia Pahang (UMP).

 

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkaitan struktur organisasi, skop tugas, kelengkapan peralatan

rakaman audio visual dan teknikal serta hasil produk terbitan Unifilm Studio.

 

Penerbit Rancangan UMP, Anuar Abdul Aziz berkata lawatan seperti ini dapat memberi pendedahan, pengetahuan dan pertukaran

idea dalam usaha menjadikan Jabatan Penyiaran UMP sebagai sebuah Strategic Business Unit (SBU).

 

“Saya juga berharap agar lawatan ini dapat membantu kami dalam meningkatkan kefahaman menyusun atur tugas dan menyediakan

perkhidmatan yang lebih baik,” ujar beliau.

 

Beliau juga amat berterima kasih kepada pihak Unifilm Studio kerana sudi menerima kehadiran pihak UMP dan berkongsi

pelbagai perkara baharu yang mampu memberi manfaat kepada jabatan dalam usaha menjana keuntungan universiti.

 

Tambah beliau, lawatan ini merupakan susulan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor Universiti Awam Malaysia (JKNC)

yang diadakan di UUM baru-baru ini.

 

“Naib Canselor UMP amat tertarik dengan video throwback aktiviti Discover UUM yang telah ditayangkan dalam majlis Makan Malam Mesyuarat JKNC.

 

“Saya juga difahamkan, Unifilm Studio melakukan penyuntingan selepas satu jam rakaman aktiviti tersebut dijalankan sebelum ditayangkan

dalam majlis makan malam,” kata beliau.

 

Pengarah Unifilm Studio, Bahiyah Md Idris berharap agar hubungan UUM dan UMP dapat diteruskan pada masa hadapan terutamanya

bagi penghasilan produk penerbitan video yang dapat menjana pendapatan.

 

Selain itu, pihak UMP turut diberi taklimat mengenai sejarah dan latar belakang UUM setibanya di Anjung Tamu.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Thursday, September 14 2017 Time 10:00 AM