Malay English

PERKONGSIAN ILMU TINGKATKAN PRESTASI KERJA

11 JANUARI 2017

bengkel kamera

 

SINTOK - Seramai 15 orang staf Unifilm Studio telah menyertai Bengkel Pengendalian Kamera Panasonic P2 yang diadakan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan kebolehan staf dalam mengendalikan kamera semasa bertugas.

Bengkel dikendalikan oleh Penyelaras Unit Multimedia dan Suntingan Unifilm Studio, Jamal Mat Hussein yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran menggunakan kamera Panasonic P2.

Menurut beliau, jurukamera perlu mempunyai pengetahuan asas serta mampu menguasai teknik penggunaan kamera yang betul bagi menjamin kualiti rakaman video yang dihasilkan.

Tambah beliau lagi, kemampuan jurukamera berfikir secara pantas dan tepat dalam merancang pengambilan shot, memiliki fokus yang tajam, penggunaan pencahayaan yang seimbang dan mengetahui kedudukan komposisi objek dengan baik dapat menjamin penghasilan rakaman video yang lebih berkualiti.

Selain staf, bengkel ini juga turut disertai oleh lima orang pelajar praktikal Unifilm Studio yang terdiri daripada pelajar pengajian filem dan multimedia dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau, Negeri Sembilan, Politeknik Metro Tasik Gelugor, Pulau Pinang dan pelajar Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Thursday, September 14 2017 Time 10:00 AM