Malay English

FAQS

 

1. 1. S: Di mana terletaknya Jabatan Unifilm Studio?

         J: Unifilm Studio beroperasi di Bangunan Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah Darul Aman.

   

   2. S:  Apakah perkhidmatan utama Unifilm Studio

       J: Unifilm Studio menjalankan beberapa perkhidmatan utama kepada Universiti Utara Malaysia khasnya dan pihak luar amnya.

          Antara perkhidmatan utama yang ditawarkan adalah:

                         i. Perkhidmatan rakaman Multiple Camera Production(MCP) dan Single Camera Production(SCP)

                         ii. Penerbitan Video Korporat , Video Dokumentari, Penerbitan Video Filem Pendek dan Public Service Announcement (PSA)

                        iii. Menyediakan video montaj multimedia, video The Making of dan grafik bagi perasmian majlis-majlis utama

                        iv. Menyediakan dan melaksanakan bengkel-bengkel serta kursus-kursus kepada staf UUM dan juga pihak luar.

                         v. Menyediakan perkhidmatan sewaan peralatan teknikal bagi tujuan rakaman MCP, SCP dan lain-lain.

                         vi. Menyediakan rakaman Voice Over(v.o) bagi keperluan suara latar dan sebagainya.

   3. S: Adakah setiap perkhidmatan yang ditawarkan dan diberikan akan dikenakan caj?

  J: Ya. Setiap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan akan dikenakan caj. Setiap caj adalah berbeza mengikut

      kategori pelanggan iaitu pelajar, jabatan UUM dan pihak luar.

4. S: Berapakah tempoh masa minima bagi sesuatu tempahan dibuat?

    J: Tempoh paling minima tempahan boleh dibuat adalah 3 hari sebelum tarikh majlis atau program berlangsung

       dan mengikut kepada kesesuaian program atau majlis.

5.  S: Berapakah tempoh masa yang akan diambil untuk sesebuah tempahan atau projek disiapkan?

     J: Tempoh masa adalah berbeza-beza mengikut jenis perkhidmatan yang diberikan. Segala perkembangan projek akan

        dimaklumkan dari semasa ke semasa.

6. S: Adakah kadar harga yang dikenakan berpatutan?

    J: Ya. Pihak kami telah menetapkan kadar harga yang amat berpatutan dan lebih rendah dari kadar yang dikenakan oleh

       syarikat produksi luar. Kadar yang kami kenakan juga adalah berbeza-beza mengikut kategori pelanggan dan amat berpatutan.

7. S: Bagaimanakah kami boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan Unifilm Studio?

    J: Maklumat mengenai perkhidmatan, latarbelakang jabatan dan sebagainya boleh didapati dengan cara melayari

       laman web rasmi kami iaitu www.unifilm.uum.edu.my

8. S: Adakah Unifilm Studio ini mempunyai laman media sosialnya yang sendiri?

    J: Ya. Kami turut memiliki laman sosial yang sendiri iaitu http://m.facebook.com/Unifilm-Creative-Club-1421438031412787/.

       Sebarang aktiviti dan maklumat semasa pihak kami akan kemaskini di laman media sosial tersebut. 

9. S: Bagaimanakah kami boleh berhubung dengan pihak Unifilm Studio, adakah pihak Unifilm Studio menyediakan talian hotline?

    J: Sebarang pertanyaan daripada pelanggan boleh menghubungi kami ditalian 04-9283750 dan fax 04-9283777

10. S: Adakah semua hasil rakaman yang telah dirakam oleh pihak Unifilm Studio kepada pelanggan dijamin selamat dan terpelihara?

     J:  Ya. Semua hasil rakaman oleh pihak Unifilm Studio kepada pelanggannya adalah terpelihara dan disimpan dengan rapi

         dan selamat di Bahagian Arkib Unifilm Studio.

11. S: Adakah Unifilm Studio menerbitkan video-video pengajaran?

     J: Ya. Unifilm Studio ada menerbitkan video pengajaran bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar dan juga staf.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

fotter_ipq_baru.jpg

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, October 14 2018 Time 4:00 PM