LANGKAWI - Melestarikan kebersihan alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama yang perlu dilakukan secara sukarela oleh sesiapa sahaja bagi memastikan kesejahteraan persekitaran terpelihara.
Sehubungan itu, Unifilm Studio telah menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) “Beach Clean-Up” dengan kerjasama Langkawi Film Office untuk membersihkan persekitaran Pantai Cenang, Langkawi yang merupakan kawasan tumpuan utama pelancong yang datang ke pulau tersebut.
Tujuan Program “Beach Clean-Up” ini diadakan untuk mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri generasi muda kini bagi memelihara dan mengekalkan kebersihan persekitaran walau dimana sahaja. Program ini disertai seramai 12 staf dan 4 orang pelajar praktikal pada 5 Mac 2023.
Menerusi program ini, para peserta telah mengumpulkan sisa buangan seperti cebisan plastik, tin minuman, botol kaca, selipar, polestrin makanan, puntung rokok, sudu garfu plastik dan sebagainya.