All News

MESYUARAT JABATAN DAN SAMBUTAN HARI LAHIR STAF UNIFILM STUDIO

RTJSRT

SINTOK - Mesyuarat Jabatan Unifilm Studio telah diadakan pada 29 Januari 2020 bertempat di bilik mesyuarat bagi membincangkan perancangan aktiviti jabatan sepanjang tahun 2020 dalam usaha memenuhi KPI yang telah ditetapkan oleh universiti.

Selain itu, Sambutan Hari Lahir Staf (Julai dan Disember) tahun lalu turut diadakan bagi meraikan staf dalam majlis yang cukup ringkas dan penuh bermakna serta menghargai mereka yang sentiasa bertungkus-lumus memberikan kualiti pekerjaan yang terbaik.

Pemberian hadiah sebagai tanda berkongsi kegembiraan bersama staf yang telah mendirikan rumahtangga pada tahun lalu diadakan bagi sama-sama meraikan hari berbahagia tersebut dan majlis kecil ini dapat mengeraktkan lagi hubungan silaturahim yang akan terus terjalin.