All News

MEMANAH TINGKATKAN KUALITI KERJA MEMBINA STAMINA

FOTO MEMANAH

SINTOK: Bagi meningkatkan stamina setiap staf, Kelab Unifilm Studio telah menganjurkan aktiviti “Fit Unifilm Studio” yang melibatkan 15 staf dan enam pelatih industri di Pusat Sukan, Universiti Utara Malaysia.

Pengerusi Kelab, Mohd Azizul Helmi Hj. Baharuddin berkata, aktiviti sukan memanah dapat melatih emosi dan fizikal untuk bertenang ketika menetapkan sasaran dan pastinya mampu dipraktikan ketika menjalankan tugas di tempat kerja.

“Kita juga mampu meningkatkan tahap kecergasan diri dalam melakukan kerja seharian dan menghasilkan kualiti ibadah yang lebih khusyuk,” ujar beliau.

Aktiviti sukan memanah yang julung kali diadakan ini turut menunjukkan kehebatan dan kemahiran semua staf beraksi walaupun pertama kali sudah mampu mengsasarkan sasaran utama 10 mata.