SINTOK - Seramai 40 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sintok telah diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa anjuran bersama Unifilm Studio dan SMK Bandar Baru Sintok di Manager's Coffee, baru-baru ini.
Kesemua pelajar terdiri pelajar Tingkatan Lima dan Tiga itu bukan sahaja diraikan dengan jamuan berbuka puasa, malah turut menerima sumbangan duit raya daripada Unifilm Studio yang diwakili Suhaimi Ismail sempena bakal menyambut kedatangan Syawal tidak lama lagi.
Turut serta guru pengiring, Nor Rizan A Latif dan staf Unifilm yang bersama-sama meraikan semua pelajar tersebut yang mana ada antaranya merupakan anak yatim dan juga mualaf.